Cinta
itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana
setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci.
Cuma tanahnyalah yang
berlain-lainan menerimanya.
Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh
kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain
perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan
tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain
perangai yang terpuji.